TIPS PILIH KORSET UNTUK SIHAT DAN SHAPING

August 01, 2019



Assalamualaikum dan happy working uols. Baru-baru ni viral posting kat twitter keburukan memakai korset.Sebenarnya posting tu lebih kepada pemakaian bengkung yang melibatkan masalah :

1.Susah bernafas

2.Radang kulit/rasher

3.Pedih ulu hati disebabkan asid daripada perut.

4.Lebam

5.Kebas

Secara amnya, masalah masalah di atas boleh berlaku sebab pemilihan saiz  yang salah.Setiap kali mempunyai bentuk badan yang berbeza-beza.Sama ada kita ada saiz yang besar atas, tengah atau bawah.Sama ada kita ada saiz yang besar atas, tengah atau bawah.Itu sebab wujud kategori badan pear, rectangle , inverted triangle , hourglass dan round.Sebab itu, penting untuk pakai korset yang ikut bentuk badan kita.

Jadi, macam mana untuk pilih bengkung/korset untuk elakkan masalah pada kesihatan ? kat sini Kak Misah share beberapa tips:

1.Jangan Pilih Bengkukng Yang Terlalu Ketat

Fungsi utama korset ( terutamanya Premium Beautiful ) pada permulaannya adalah untuk alihkan lemak-lemak ke tempat-tempat yang sepatutnya.Pada orang yang baru pakai korset bukan untuk terus nampak ramping.Alihkan dulu lemak-emak supaya tidak menggelebeh.Selepas sebulan pakai korset, lemak-lemak akan lebih kejap dan tidak menggelebeh.

Sebab tu pada customer yang baru , Kak Misah akan advise jika rasa susah nak bernafas atau rasa terlalu ketat, tukar kepada saiz yang lebih besar sedikit.

2.Pilih Bengkung/Korset Yang Boleh Laras

Sebelum beli apa-apa bengkung/korset tengok dulu ada cangkuk yang boleh adjust ikut saiz yang semakin mengecil.Buat permuaan, cangkukkan pada cangkuk bahagian luar.lepas rasa semakin longgar, boleh alih kepada cangkuk lebih dalam.Biasanya cangkuk ni pada ni pada bahagian belakang atau tepi bengkung/korset.

3.Pilih Bengkuk Yang Ada Support Belakang

Bengkung yang bagus akan support tulang belakang si pemakai.Ciri ni amat-amat bagus untuk bagi postur badan yang teagk yang dalam jangka panjang menjaga tulang belakang dan elakkan sakit belakang.Biasanya dalam bengkung tu akan ada tetulang yang tak mudah patah.

4.Pilih Korset Yang Shaping Seluruh Badan

Kesilapan pemakai korset bila hanya pakai bengkung sahaja.Bila macam ni, lemak akan tertolak ke bahagian atas dan bawah.Hasilnya bahagian breast dan punggung menjadi besar dan shape badan tak seimbang.Tak cantik kan bila shae badan tak sekata disebabkan lelemak yang membinjol.

5.Pilih Korset Untuk Kesihatan Bukan Semata-mata Sebab Harga Murah

Buat research dulu.Pilih korset yang ada ciri-ciri kesihatan.Elakkan pilih disebabkan harga yang murah.Sebabnya badan kita nak guna jangka masa yang lama.Jika pilih murah tapi bagi kesan buruk memang tak berbaloi pada diri sendiri.Korset yang terlalu murah tidak akan menekankan kebaikan jangka masa panjang, kesihatan , reka bentuk dan material yang digunakan.Salah satu tanda sesuatu korset tu baik ialah dah ramai yang memakainya tanpa sebarang masalah yang serius dan dah lama bertahan dalam pasaran.

Itu saja Kak Misah nak share untuk TIps Memilih Korset untuk Sihat.Hopefully bermanfaat untuk uolss semua.Apa-apapun sebelum buat sesuatu keputusan, ambil masa dan buat research dulu.

If ada sebarang persoalan boleh drop komen atau contact/whatsapp Kak Misah.

Hamisah Alias

wasap.my/60126566185/pbpromo


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images